Tuesday, 6 January 2015

benih ikan tilapia




Dapatkan sekarang benih ikan tilapia yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.. untuk keterangan lanjut sila hubungi : Jue - 0148363013 untuk tempahan... Terbaik dari Ladang... ternakan daripada usahawan Peladang Negeri Selangor..

khasiat belut dan Haruan...






KHASIAT BELUT & IKAN HARUAN •
→ tahukah korang apa khasiat belut & ikan haruan? mesti ramai yg dh tahu wlupun x suka makan sebab geli & hanyir, kan? Meh baca sini...nk share skit..
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus). Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
- Ikan Haruan ( Channa Strlatus) telah lama menjadi makanan amalan yang popular di kalangan penduduk di Asia. Ramai yang yang yakin dengan khasiat ikan haruan yang mampu menyembuhkan luka dan mengurangkan kesakitan selepas pembedahan, terutamanya bagi mereka yang sedang menjalani rawatan akibat pembedahan dan ibu-ibu selepas bersalin. Ikan haruan adalah sumber asli protein dan rendah lemak. Kajian juga menunjukkan ikan haruan mengandungi pelbagai biokimia yang penting untuk proses penyembuhan luka-luka dalaman.
Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat. Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.
- Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.
• Resepi pemulih bagi ibu2 melahirkan anak (pembedahan/normal)
IKAN HARUAN : Mudah saja menyediakan Sup Haruan ini. Ia cuma memerlukan sedikit air asam jawa, lada hitam dan juga halia. Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak. (Kata orang tua dalam pantang elok makan ikan haruan. Lebih2 lagi bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan. Ikan haruan akan mempercepatkan proses penyembuhan luka).
• BELUT : - belut boleh tolong stabilkan tekanan darah. taktau la camna, tapi belut kaya dengan protein, kalsium, dan zat besi. macam kerang~
- belut boleh buat kulit kita tegang dan halus ; especially kulit muka. awet muda gittew~
- orang kata makan belut , bantu kuatkan memori. daya ingatan makin tajam. haa..
- makan belut boleh bagi cepat proses penyembuhan luka. sebab tu, kalo orang bersalin ke, orang lepas operation ke, or budak2 lepas bersunat ke... digalakkan makan belut. dan ikan haruan. sebab khasiat dia bagi luka cepat baik. see? tere tak orang tua2 dulu2. petua sepanjang zaman oo!! ^^
- makan belut leh bantu mereka yang lemah tenaga batin. hempedu belut kot. for both lelaki n pompuan. wallahualam yang ni.
▲ TAPI kan..mana nk cari belut/ikan haruan bagi org bekerjaya ni?suami ke? nk redah sawah? ada sawah ke tengah² pekan kota tu? nak masak? sape nak tolong masakkan? ibu? tu kalo ibu masih ada (wallahualam)..payah...nk harapkan ubat² hospital x smbuh sepenuhnya..pstu kalo ada belut/haruan pun...lalu ke nk telan...
So, mai la datang ke Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Akuakultur, Batu 9 Tanjong Karang sekarang.. korang boleh dapatkan ikan-ikan ini disini...klu xdapat datang pn korang boleh contax orang ni... Jue - 014-8363013.. call. sms, wassapp...senang je kn.. ape tunggu lagi??? call la skung klu nk belut dan ikan haruan ni...cepat3x....

Info Belut...






  • Nama saintifik belut ialah ordo Anguilliformes.
  • Belut termasuk dalam kategori haiwan hermafrodit.
  • Belut adalah sejenis hidupan air tawar yang bertubuh bulat memanjang (seperti ular) yang hanya mempunyai sirip di ekornya dan berkulit licin dan liat.
  • Belut mempunyai satu tulang belakang yang berbentuk Y.
  • Belut terbahagi kepada 4 jenis, 19 keluarga dan 400 jenis spesis.
  • Belut mampu memanjang sehingga 3 meter.
  • Belut aktif pada waktu malam atau gelap, segala pemakanan dan pembiakan selalunya pada waktu malam.
  • Adalah penting untuk menyediakan suasana yang selesa untuk belut iaitu dengan menjauhkannya dari cahaya.
  • Jantina belut berumur 6 bulan kebawah adalah betina dan 6 bulan keatas adalah jantan. Jantina belut mengikut size dan umur belut itu sendiri.
  • Ada juga fakta yang mengatakan belut yang mencapai ukuran panjang 20-50 cm, belut akan kekal betina dan belut yang mencapai ukuran 55 cm ke atas biasanya jantan.

Monday, 24 November 2014

MAHA 2014

Temui booth kami di MAHA, Serdang Selangor..terdapat pelbagai produk yang kami tawarkan kepada anda di sana..kami juga turut menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang usahawan untuk berdaftar dengan pihak kami...Pendaftaran adalah percuma...Oleh itu, jom datang ke booth kami untuk keterangan lanjut..bermula 20/11 - 30/11/2014....Mari datang beramai-ramai....
                                                        Jom menjual....Mari beli 3x....

                                              Asam pedas Keli salai... Sedapppppppp!!!!
                                                  Booth kami di Laman Perikanan, Serdang.
                                    Ikan Tilapia masak tempoyak...So sedappp...Mesti cuba!!!!!!
                                                      Fillet ikan Keli, Tilapia dan Siakap....
                                                            Ikan Keli Salai
                                               Ikan Tilapia masak tempoyak...

Monday, 3 November 2014

Ladang ternakan ikan kami...

Ikan-ikan yang dihantar ke Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Aquakultur adalah ikan yang diternak oleh penternak yang berdaftar di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan. Pembekal utama ikan-ikan ini adalah dari ladang penternak di Taman Agroteknologi, Bestari Jaya, Selangor.





Hari ini kami telah melawat kilang yang bertangungjawab unuk mengahsilkan produk berasaskan ikan keli, iaitu Keli Sambal dan Kei Kari. Kilang ini terletak di Kg. Sungai Yu, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan. di sini kami telah melihat pekakas yang digunakan untuk menghasilkan produk ini.. Selain produk yang berasaskan keli, terdapat produk lain seperti daging lembu, kambing dan ayam..


 ketuhar yang digunakan untuk memasak paste..

 Mesin yang digunakan untuk memasukkan paste ke dalam tin..
 Pekakas yang digunakan untuk membuat produk keli tin..
 Autoclave untuk melembutkan tulang ikan..

 Utamakan keselamatan anda...
 Produk baru bumiputra yang dijamin halal dan tanpa bahan pengawet..

Bangunan kilang pemprosesan makanan..

Friday, 24 October 2014

Siakap Sedapp!!!!

Kini kami membekalkan ikan siakap yang dijamin tiada bau lumpur dan mempunyai isi yang sedap..telah diperakui oleh ramai pihak yang telah merasai sendiri isinya...Dapatkan sekarang disini...